Thursday, 20 October 2011

Pelaburan Emas jommm

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian?  adakah org jengok lama haku nie hehehe....

haku dapat tahu pelaburan emas nie dah lama dah cuma haku ingat beli emas hanya di kedai emas n nak beli tak tahu sebab tak ikut sgt pasai emas nie..senang citer haku tak tahu le..

Haku terimakasih le pada skot haku x pw u 1 azmi kerna mempekenalkan haku pasai pelaburan saham emas nie melalui simpanan Gold Saving Passbook Maybank le..di Maybank emas yang dijual adalah emas 24K (999.9).Jadi untuk membuka akaun ini anda cuma perlu ke Maybank cawangan berhampiran n amaun minima untuk membuka akaun simpanan emas Maybank adalah 1 gram aje lihat haku punya buku le..

nie lah dia buku Gold Investment Account haku
 
Harga harian emas Maybank boleh dilihat di sini:
http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml
Amaun minima anda perlu simpan dalam satu-satu masa ialah 1 gram.Untuk pembelian seterusnya, minima 1gram diperlukan aje ikut harga emas semasa le..

Kebaikan akaun simpanan emas:
1. Kos modal yang rendah, dimana anda boleh melabur dengan kuantiti yang sedikit 1 gram untuk Maybank.
2. Mudah. Anda tak perlu risau tentang penyimpanan emas kerana transaksi jual beli direkodkan dalam buku. Kalau buku hilang pun tak kisah, boleh gi bank utk ganti.
3. Boleh withdraw emas fizikal kalau nak, tapi kena bayar kos insurans dan pengangkutan.
Kelemahan:
1. Memandangkan anda tak dapat emas fizikal, maka tak boleh gadai kalau nak pakai duit. Anda terpaksa menjual emas tersebut untuk dapat cash. Kalau anda pajak emas fizikal, sebarang kenaikan harga emas akan menguntungkan kerana emas tersebut masih milik anda.
2. Anda tak boleh lihat dan pegang emas fizikal. Memang berbeza rasanya emas fizikal dan buku simpanan emas nie.
3. Transaksi belian dan jualan boleh dilakukan waktu banking hours sahaja dan mesti melalui kaunter.
4. Kena beli pakai cash. Kalau beli kat kedai emas, boleh pakai credit card.
Kesimpulan.
Bagi anda yang ingin menyimpan emas secara sedikit-sedikit, anda boleh melabur menggunakan akaun simpanan emas. Ianya mudah. Walaupun saya lebih menggemari emas fizikal, namun membeli wang dengan kaedah ini pun ok juga.
Semoga maklumat ini membantu anda untuk menyimpan emas.
Laman web rujukan:
1. Public Bank Gold Investment Account (GIA):
2. Maybank Gold Saving Passbook:

No comments:

Post a Comment

69 x batch lambor

haku n keluargaku