Adegan Yang Biasa Kita Lihat Ketika Solat Tarawikh
1. Rakaat 1 sampai 8, saf penuh berbaris-baris. Semua kelihatan bersemangat.
2. Selesai rakaat ke 8, makmum mula berpusu-pusu keluar masjid. Saf mula tinggal sebaris setengah.
3. Setelah itu, mula kedengaran bunyi bising di luar masjid. Bunyi mercun. Adegan kejar-mengejar. Budak-budak la ni. Orang tua, dok berasap.
4. Masa imam tengah angkat takbir, ada makmum yang masih duduk. Bila tok imam dah nak abis baca surah sebelum rukuk, baru kelam kabut nak angkat takbir. Konon nak hilangkan lenguh sekejap. Tok Imam tak lenguh?
5. Selesai rakaat ke 20, makmum mula penuh kembali untuk solat witir. Biasanya kanak-kanak. Sebab lepas tu nak ambik moreh. Kalau masjid tu tak ada moreh, jangan harap ada yang patah balik nak solat witir.
![]() |
sumber gambar : lakaran hidupku |
Itulah adegan yang biasa aku tengok kat mana-mana masjid yang aku pernah pergi. Dan aku sendiri pernah terlibat menjayakan adegan tersebut. Heheh..
Tahukah anda?
1. Solat Tarawikh hanya ada pada bulan Ramadhan. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang tidak mahu mengambil peluang ini.
2. Solat Witir adalah solat sunat yang paling dituntut untuk dikerjakan. Ini bermakna, tidak lengkap solat tarawikh itu tanpa disusuli solat witir. Witir itu lebih besar kelebihannya.
3. Kalau tak mampu buat tarawikh 20, buatlah 8 rakaat. Itu lebih baik daripada tak buat langsung. Tapi, janganlah berkira sangat nak beribadat kepada Allah.
Sekadar nasihat untuk diri sendiri...
No comments:
Post a Comment