Biometrik pekerja asing : Cubaan mengaut keuntungan

Pekerja asing tanpa dokumen yang sah yang mendaftar melalui sistem biometrik akan dibenarkan tinggal di Malaysia sekiranya mereka mempunyai pekerjaan atau akan dihantar pulang tanpa dikenakan sebarang hukuman.

Program ini akan merugikan pekerja asing yang memasuki Malaysia secara sah, tetapi telah tamat tempoh permit kerana majikan tidak memperbaharui permit kerja mereka. Sesetengah pekerja pula telah ditipu oleh agen apabila mereka terpaksa bekerja dalam sektor yang tidak terdapat di dalam visa pekerja mereka.
Pengarah Persatuan Majikan-majikan Malaysia, Shamsuddin Bardan berkata, terdapat banyak kekeliruan ke atas proses pengampunan dan ramai yang tidak berpuas hati dengan penglibatan agen dalam proses pendaftaran.
Bloggerrakyat : Hari ni diumumkan pendaftaran program 6P dilanjutkan..kah..kah..kah..seperti skrip drama menyenaraihitamkan pesalah trafik yang tidak melunaskan bayaran saman beberapa bulan yang lepas, Hishammuddin sekali lagi buat “U turn”..mula-mula cakap TAKKAN LANJUTKAN TEMPOH, kemudian apabila tak dapat sambutan dan tempoh dah nak habis, nak LANJUKKAN pula..kepada pasukan polis dan yang sewaktu dengannya, macam mana la korang boleh dapat bos macam ni? Tak ada pendirian dan ketegasan langsung!
Lain kali kalau nak buat program macam ni, buat la free..tu pun kalau dapat sambutan. Ni nak charge agen lagi. Permit dan lain-lain belum kira. Kalau gaji pekerja asing dua tiga ribu sebulan, takpe la juga…
No comments:
Post a Comment